Pages

Sunday, December 18, 2011

PULAU KERENGGA MARANG TERENGGANU


Salam semua pembaca. Alhamdulillah, hari ini sempat curi sedikit masa untuk kemaskini blog ini. Macam mana? Sudahkah anda membaca entri lepas iaitu Pulau Kekabu Marang Terengganu? Jika Ya Alhamdulillah :). Baiklah, entri kali ini, saya akan berkongsi dengan pembaca semua tentang satu lagi tempat menarik di daerah Marang iaitu Pulau Kerengga.

Barangkali mungkin ada yang sudah mengenali tempat ini. Pulau Kerengga merupakan sebuah mukim di daerah Marang. Pulau Kerengga ini tereletak berhampiran dengan kawasan Kelulut. Namun, untuk entri kali ini, saya akan berkongsi dengan anda semua tentang pantai yang terdapat di Pulau Kerengga ini. Pantai di Pulau Kerengga ini sebenarnya amat unik geografinya. Mengapa? Kedudukan sungai dan pantainya amat dekat. Jika anda berhasrat ingin datang ke tempat ini, mudah sahaja petanya. Ianya terletak kira-kira 11km dari Bandar Marang dan jika anda datang dari arah Kuala Terengganu, kawasan ini adalah sebelum Penjara Marang. Jalan untuk masuk ke kawasan ini berhampiran dengan sebuah surau kecil di tepi jalan. Jika anda memperlahankan kenderaan anda, pasti anda akan ternampak surau kecil itu dan berdekatan dengan surau kecil itu, ada sebatang jalan yang lurus. Itulah jalan untuk ke kawasan ini.

Mengapa saya kata kawasan di sini unik? Hal ini kerana di sini terdapat jambatan kayu yang menghubungkan daratan dengan kawasan pantai. Sesungguhnya, anda akan dapat menenangkan fikiran anda jika anda datang ke sini. Dengan keindahan ciptaan Allah, ditambah pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa, sememangnya ia mampu menjentik perasaan kita. Ya itudia ayat saya. Di sini juga terdapat keunikan-keunikan lain seperti bangsal-bangsal lama, dan bot-bot nelayan. Di kawasan pantai pula, terdapat ramai penduduk kampung yang bersantai-santai/menghirup udara segar di sini. Jika anda bertuah, mungkin anda akan bertemu dengan gadis-gadis kampung sebaya dengan anda yang berlari-lari anak di pantai.

Baiklah, setakat ini sahaja coretan saya pada kali ini. Gambar-gambar di bawah merupakan gambar yang diambil oleh saya pada 14.12.2011 ketika saya pergi ke kawasan ini bersama senior debat/fotografi saya iaitu Syawal Mohd. Alhamdulillah banyak ilmu baru fotografi yang saya belajar darinya. Semoga gambar-gambar di bawah mampu menceritakan kepada anda tentang Pulau Kerengga. InsyaAllah entri seterusnya ialah Pantai Teluk Ketapang Kuala Terengganu. Nantikan :)

Canon Eos 1000D l Pulau Kerengga l Marang l Terengganu l 14.12.2011

Canon Eos 1000D l Pulau Kerengga l Marang l Terengganu l 14.12.2011

Canon Eos 1000D l Pulau Kerengga l Marang l Terengganu l 14.12.2011

Canon Eos 1000D l Pulau Kerengga l Marang l Terengganu l 14.12.2011

Canon Eos 1000D l Pulau Kerengga l Marang l Terengganu l 14.12.2011




5 comments:

fais yusuf said...

apik xmo try hdr?

fais yusuf said...

apik xmo try hdr?

Syafiq A. Ghani said...

fais: Hdr? biasenye edit pakai software nape bro?

vendoline said...

siyes cun yang jambatan tu
yk tulk tempat cntik ganu

Syafiq A. Ghani said...

Edy Fee: Jambatan kayu bro, jarang dh ade kan