Tuesday, February 11, 2014

WEDDING l HILMI & ZAFIRAH

Assalamualaikum w.b.t. Gambar perkahwinan Hilmi & Zafirah. Majlis berlangsung di Marang, Terengganu. Semoga Mohd Hilmi & Zafirah kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin :)








































Sebarang pertanyaan mengenai pakej fotografi dari SAG Photography & Design, boleh hubungi Syafiq menerusi telefon/sms/whatsapp di no 0145175667. Jangan malu, jangan segan ye :)

Tuesday, November 5, 2013

HELLO KUALA LUMPUR! SATU PERKONGSIAN

HELLO KUALA LUMPUR! l Nokia X6 l Kuala Lumpur View From Malaysia Integrity Institution

Lama sudah tidak mengupdate blog syafiqaghani ning.Keh2. InsyaAllah lepas2 exam ni, akan rajin-rajinkan diri untuk update blog ning. Gambo2 memang banyok untuk diupdate. Cuma kali ning nk update gambo ning dulu lah sekeping. Ning gambo lama sebenornya. Gambo ning diambil sewaktu ambe stay dekat Institut Integriti Malaysia untuk pertandingan pidato. Gambo ning diambil awal2 pagi, sebelum gi bertanding pidato. Gambar ni memang banyok kenangan untuk ambe. Berdebarnya time ni jangan kata sebab nok lawan pidato. Tapi nk tenangkan hati ni,ambe suke tengok suasana sambil tenangkan fikiran. Sambil-sambil tu dan lah ambik gambo 2 3 keping. Hihi. Tahun depan? Mungkin x pergi doh Institut Integriti Malaysia. Aku letok dalam diri ini xmboh doh join pertandingan pidato integriti ni. Bukan sebab x sedap, x best atau lain2. Memang pertandingan ning best. Best dari semua aspek. Layanan urusetia comel2, tempat penginapan, dll. Cume aku rasa tahun ning mgkin thn terakhir ak gi sini untuk sertai pertandingan pidato integriti ni. Biarlah junior pulok masuk. Biar Junior pulok yang teruskan perjuangan pidato IPG Perlis ning. Aku yakin dengan mereka semua. InsyaAllah adalah tu rezeki aku tang dekat lain tu. Doakan ambe berjaya :)


Sunday, September 1, 2013

Thursday, August 1, 2013

XPRESI JIWA TERENGGANU

Assalamualaikum semua. Blog diupdate lagi. Begini kisahnya, minggu lepas ambe balik ke negeri ambe, Terengganu Daru Iman. Ramai orang tanya ambe 'sebab ape balik minggu ni? minggu depan balik pulok cuti raya', 'x bazir ke balik 2 minggu direct ning?', Itulah persoalan-persoalan yang diajukan kepada aku minggu lepas.

Kisahnya begini, sebenarnya aku tersilap/saloh beli tiket. Aku ingatkan bile aku balik minggu lepas, maka minggu ni adalah dalam seminggu lagi aku duduk dekat maktab ning. Rupe-rupenye minggu ni dh nk start cuti raya. Jadi, bermakna aku balik terengganu direct tanpa ada gap lah kirenye.

Rugi x? Bagi aku, nok buat guane, doh silap beli tiket. wakakaka. Jadi, sepanjang aku balik Terengganu minggu lepas, aku gunekan 3 hari hujung minggu tu untuk rilek brader rilek brader di sekitar negeri aku.wakaka. Tengoh hari panas matahari atas pale, aku start moto dan gi ambik gambo dengan hanya bermodalkan kamera telepong Nokia X6 aku. Nok wat guane, kamera x bowok balik. jadi, Nokia X6 ning je lah jadi gantinye. Sambil2 ambik gambo, aku jugok cari idea untuk ambik gambo molek-molek sikit time cuti raya kekgi. Makna kata, boleh lah prepare molek2 sikit untuk ambik gambo sekitar2 Terengganu ning. Haha. 

Hari Sabtu ning (3.8.2013) aku akan balik semula ke Terengganu untuk cuti Raya Aidilfitri selama 3 minggu. lama boh. Lama boh. Bulih rilek brader rilek brader lama sket. Sepanjang cuti ni, ak nk tenangkan diri dari urusan maktab. wakakaka. Dengan hal dokumentasi untuk perkhemahan unit beruniform pn x settle lagi, tugasang blambok lana, dan macam-macam lagi. Wakakaka. Aku jugok kene bersiap jugok untuk gi SK Pusat Kuala Ibai K. Terengganu selama seminggu untuk buat praktikal SBE untuk semester ning. Gi skoloh menghadap budok2 pulok lah seminggu ning. Tapi inilah kehidupan. wakakaka

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA. LEMANG BAGI2 LAH SKET SORANG

 Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat l Pantai Pandak K. Terengganu l X-Presi Jiwa Terengganu

  Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat l Pantai Pandak K. Terengganu l Peace sekali atas puncok

  Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat l Floating Mosque K. Terengganu l Redup kawasan sining

  Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat l Floating Mosque with Rock. The Rock is cooking l X-Presi Jiwa Terengganu

  Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat l Floating Mosque with Flowers l Sining bulih tertido bowoh pokok kalau duduk lama-lama. Berangin molek!

  Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat l Lagoon Kuala Ibai  l Orang Bangladesh sedang memancing ikang di waktu 12.30 tengahari. panas jangan kire. Tapi demi jiwa, dia sanggup. dia sanggup. haha

 Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat l Pantai Kijing Marang Terengganu l Kampung aku. Kampung aku. Selamat Hari Raya