Pages

Sunday, December 18, 2011

PULAU KERENGGA MARANG TERENGGANU


Salam semua pembaca. Alhamdulillah, hari ini sempat curi sedikit masa untuk kemaskini blog ini. Macam mana? Sudahkah anda membaca entri lepas iaitu Pulau Kekabu Marang Terengganu? Jika Ya Alhamdulillah :). Baiklah, entri kali ini, saya akan berkongsi dengan pembaca semua tentang satu lagi tempat menarik di daerah Marang iaitu Pulau Kerengga.

Barangkali mungkin ada yang sudah mengenali tempat ini. Pulau Kerengga merupakan sebuah mukim di daerah Marang. Pulau Kerengga ini tereletak berhampiran dengan kawasan Kelulut. Namun, untuk entri kali ini, saya akan berkongsi dengan anda semua tentang pantai yang terdapat di Pulau Kerengga ini. Pantai di Pulau Kerengga ini sebenarnya amat unik geografinya. Mengapa? Kedudukan sungai dan pantainya amat dekat. Jika anda berhasrat ingin datang ke tempat ini, mudah sahaja petanya. Ianya terletak kira-kira 11km dari Bandar Marang dan jika anda datang dari arah Kuala Terengganu, kawasan ini adalah sebelum Penjara Marang. Jalan untuk masuk ke kawasan ini berhampiran dengan sebuah surau kecil di tepi jalan. Jika anda memperlahankan kenderaan anda, pasti anda akan ternampak surau kecil itu dan berdekatan dengan surau kecil itu, ada sebatang jalan yang lurus. Itulah jalan untuk ke kawasan ini.

Mengapa saya kata kawasan di sini unik? Hal ini kerana di sini terdapat jambatan kayu yang menghubungkan daratan dengan kawasan pantai. Sesungguhnya, anda akan dapat menenangkan fikiran anda jika anda datang ke sini. Dengan keindahan ciptaan Allah, ditambah pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa, sememangnya ia mampu menjentik perasaan kita. Ya itudia ayat saya. Di sini juga terdapat keunikan-keunikan lain seperti bangsal-bangsal lama, dan bot-bot nelayan. Di kawasan pantai pula, terdapat ramai penduduk kampung yang bersantai-santai/menghirup udara segar di sini. Jika anda bertuah, mungkin anda akan bertemu dengan gadis-gadis kampung sebaya dengan anda yang berlari-lari anak di pantai.

Baiklah, setakat ini sahaja coretan saya pada kali ini. Gambar-gambar di bawah merupakan gambar yang diambil oleh saya pada 14.12.2011 ketika saya pergi ke kawasan ini bersama senior debat/fotografi saya iaitu Syawal Mohd. Alhamdulillah banyak ilmu baru fotografi yang saya belajar darinya. Semoga gambar-gambar di bawah mampu menceritakan kepada anda tentang Pulau Kerengga. InsyaAllah entri seterusnya ialah Pantai Teluk Ketapang Kuala Terengganu. Nantikan :)

Canon Eos 1000D l Pulau Kerengga l Marang l Terengganu l 14.12.2011

Canon Eos 1000D l Pulau Kerengga l Marang l Terengganu l 14.12.2011

Canon Eos 1000D l Pulau Kerengga l Marang l Terengganu l 14.12.2011

Canon Eos 1000D l Pulau Kerengga l Marang l Terengganu l 14.12.2011

Canon Eos 1000D l Pulau Kerengga l Marang l Terengganu l 14.12.2011




PULAU KEKABU MARANG TERENGGANU

Salam semua.Alhamdulillah semua, kali ini berkesempatan untuk menulis lagi. Entri kali ini akan menceritakan kepada pembaca semua tentang Pulau Kekabu. Baiklah, ayuh kita sembang-sembang sikit pasal Pulau Kekabu ni :)

Pulau Kekabu merupakan sebuah tempat yang berkedudukan di negeri Terengganu Darul Iman. Pulau Kekabu terletak di daerah Marang iaitu daerah kelahiran dan tempat tinggal saya sekarang. Bagaimana untuk sampai ke Pulau ini? Jangan risau, ianya tidaklah sukar untuk dicari. Pulau Kekabu ini terletak begitu hampir dengan pasar Marang. dan Menara Jam daerah Marang. Jika anda jumpa pasar Marang, maka anda akan jumpalah Pulau Kekabu ini.

Seringkali orang bertanya kepada saya, adakah Pulau Kekabu ini menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Banana Boat, Snorkeling, dan juga Chalet. Jawapannya tidak kerana Pulau Kekabu bukanlah sebuah pulau seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang mahupun Pulau Kapas, namun ia hanyalah sebuah perkampungan nelayan. Jika anda mengimpikan aktiviti menyelam ala-ala snorkeling, Pulau Kekabu bukan jawapannya. Namun begitu, jangan bimbang, Pulau Kekabu ada tarikannya. Jika anda masuk ke Pulau Kekabu, apa yang anda akan lihat ialah satu benteng pemecah ombak dan juga pantai. Di situ, anda bolehlah melepaskan penat lelah dan berehat sambil menghirup udara yang segar. Jika anda seorang kaki pancing, benteng pemecah ombak Marang merupakan 'port' yang paling sesuai untuk anda mengail. Di Pulau Kekabu juga tedapat padang bola pantai dan juga gelanggang bola tampar. Mungkin anda boleh bermain bola pantai di Pulau Kekabu :). Jika anda datang pada waktu petang di Pulau Kekabu, mungkin anda akan terlihat atlet-atlet kayak Terengganu sedang berlatih kayak di muara sungai Marang :) .

Bagaimana mahu ke Pulau Kekabu? Senang sahaja. Untuk ke Pulau Kekabu, terdapat 2 jambatan utama yang boleh anda lalui. Saya suka pergi mengambil gambar di Pulau Kekabu kerana moment di Pulau Kekabu tiada di tempat lain :). Ustaz Azhar juga kerap kali mengambil gambar di Pulau Kekabu. Anda juga boleh melihat deretan bot-bot nelayan dan juga permandangan Pulau Kapas dari Pulau Kekabu.

Baiklah, sampai di sini sahaja coretan saya pada kali ini. Jika anda datang ke negeri Terengganu Darul Iman, tidak rugi sekiranya anda singgah di Pulau Kekabu yang terletak di daerah Marang ini. Sebarang pertanyaan boleh dilampirkan pada ruangan komen/fb. Semoga gambar-gambar yang diambil oleh saya ini mampu menceritakan kepada anda tentang Pulau Kekabu. InsyaAllah entri seterusnya ialah Pulau Kerengga :)


Berhadapan Jambatan Pulau Kekabu l Canon Eos 1000D l Pulau Kekabu l Marang

Berhadapan Jambatan Pulau Kekabu l Nokia X6 l Pulau Kekabu l Marang

Berhadapan Jambatan Pulau Kekabu l Canon Eos 1000D l Pulau Kekabu l Marang

Berhadapan Jambatan Pulau Kekabu l Canon Eos 1000D l Pulau Kekabu l Marang

Berhadapan Jambatan Pulau Kekabu l Canon Eos 1000D l Pulau Kekabu l Marang
Pantai di Pulau Kekabu l Canon PowerShot A3000 IS l Pulau Kekabu l Marang

Benteng Pemecah Ombak l Nokia X6 l Pulau Kekabu l Marang

Benteng Pemecah Ombak l Nokia X6 l Pulau Kekabu l Marang

Benteng Pemecah Ombak l Nokia X6 l Pulau Kekabu l Marang

Saturday, December 17, 2011

PANTAI PANDAK KUALA TERENGGANU

Salam semua.Alhamdulillah, semangat nak update blog kembali meresap setelah blog lumpuh 100% semalam. Semalam terdelete semua post2 lama dan baru di dalam blog dek kerana kecuaian diri ini. Baiklah, kita bermula dari 0 balik :) . Usaha tangga kejayaan. Kali ini saya nak bercerita kepada pembaca semua tentang Pantai Pandak Kuala Terengganu.

Baiklah, pertamanya Pantai Pandak ini merupakan sebuah pantai yang popular di Terengganu. Pantai Pandak ini terletak di daerah Kuala Terengganu iaitu berdekatan dengan Balai Polis Chendering. Berdekatan dengan balai polis Chendering terdapat satu lampu isyarat dan anda ikut sahaja papan tanda yang ada disitu.

Antara 'trademark' bagi pantai ini ialah pohon kelapa. Ya, jika anda sampai ke Pantai Pandak, anda akan melihat 3 batang pohon kelapa yang tinggi. Kebiasaannya, photographer akan mengambil gambar di situ samada untuk mode landscape, wedding, potrait dan sebagainya. Pantai Pandak juga mempunyai geografi yang sangat menarik iaitu batuan rendah. Banyak batuan terdapat di sekitar pantai ini dan anda bolehlah menenangkan fikiran di situ. Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t.

Warung makan juga dibukan oleh penduduk tempatan di sekitar Pantai Pandak. Warung-warung itu bukanlah menjual masakan Itali mahupun Pasta, tetapi cukuplah sekadar menjual makanan dan minuman untuk santai-santai petang. Namun, orang awam tidak dibenarkan untuk mandi manda di sini dek kerana telah berlaku kejadian lemas di sini. Jadi, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengeluarkan larangan supaya tidak mandi manda di sini.

Baiklah, setakat ini sahaja coretan saya mengenai Pantai Pandak. Jika anda datang ke negeri Terengganu Darul Iman, tidak salah sekiranya anda mengunjungi pantai ini untuk melepaskan tekanan :) . Gambar-gambar di bawah diambil oleh saya di Pantai Pandak ketika saya keluar bersama-sama sahabat Ipg saya iaitu Duang dan Capix Shinobu. Semoga gambar-gambar di bawah mampu menceritakan kepada anda tentang Pantai Pandak. Salam semua. InsyaAllah entri seterusnya ialah Pulau Kerengga :)







WALLPAPER PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA

Salam semua. Wallpaper-wallpaper pemain bolasepak Malaysia ikhlas dari Syafiqaghani l Photography & Design. Kredit foto kepada Shazli Shamsuddin Photography l Dunia Sukan Online. Klik pada gambar yang anda inginkan bagi mendapatkan saiz sebenar (saiz wallpaper) dan resolusi terbaik. InsyaAllah wallpaper-wallpaper lain akan diupdate dari masa ke semasa. Nantikan entri seterusnya iaitu tentang Pulau Kerengga ;)