Saturday, December 17, 2011

PANTAI PANDAK KUALA TERENGGANU

Salam semua.Alhamdulillah, semangat nak update blog kembali meresap setelah blog lumpuh 100% semalam. Semalam terdelete semua post2 lama dan baru di dalam blog dek kerana kecuaian diri ini. Baiklah, kita bermula dari 0 balik :) . Usaha tangga kejayaan. Kali ini saya nak bercerita kepada pembaca semua tentang Pantai Pandak Kuala Terengganu.

Baiklah, pertamanya Pantai Pandak ini merupakan sebuah pantai yang popular di Terengganu. Pantai Pandak ini terletak di daerah Kuala Terengganu iaitu berdekatan dengan Balai Polis Chendering. Berdekatan dengan balai polis Chendering terdapat satu lampu isyarat dan anda ikut sahaja papan tanda yang ada disitu.

Antara 'trademark' bagi pantai ini ialah pohon kelapa. Ya, jika anda sampai ke Pantai Pandak, anda akan melihat 3 batang pohon kelapa yang tinggi. Kebiasaannya, photographer akan mengambil gambar di situ samada untuk mode landscape, wedding, potrait dan sebagainya. Pantai Pandak juga mempunyai geografi yang sangat menarik iaitu batuan rendah. Banyak batuan terdapat di sekitar pantai ini dan anda bolehlah menenangkan fikiran di situ. Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t.

Warung makan juga dibukan oleh penduduk tempatan di sekitar Pantai Pandak. Warung-warung itu bukanlah menjual masakan Itali mahupun Pasta, tetapi cukuplah sekadar menjual makanan dan minuman untuk santai-santai petang. Namun, orang awam tidak dibenarkan untuk mandi manda di sini dek kerana telah berlaku kejadian lemas di sini. Jadi, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengeluarkan larangan supaya tidak mandi manda di sini.

Baiklah, setakat ini sahaja coretan saya mengenai Pantai Pandak. Jika anda datang ke negeri Terengganu Darul Iman, tidak salah sekiranya anda mengunjungi pantai ini untuk melepaskan tekanan :) . Gambar-gambar di bawah diambil oleh saya di Pantai Pandak ketika saya keluar bersama-sama sahabat Ipg saya iaitu Duang dan Capix Shinobu. Semoga gambar-gambar di bawah mampu menceritakan kepada anda tentang Pantai Pandak. Salam semua. InsyaAllah entri seterusnya ialah Pulau Kerengga :)







4 comments:

Diya Edhayaa said...

prnah pegi sini skali mse PBS dlu.. sgt2 cntik pntai ni.. tertarik sgt dgn batu2 kt pntai ni..

Syafiq A. Ghani said...

Diya Edhayaa: Kan. Cantik batu2 yang ade kat situ. makin ramai org petang2 kat situ ^^

fareha kamal said...

Ya Allah si Syafiq ni! nape semua gambar cantik2 gila ni?? cantikkkkk!

Syafiq A. Ghani said...

@ fareha kamal: Ciptaan Allah memang cantik kan ^^. Fareha kene datang sini tau, best2 ^^