Pages

Sunday, December 18, 2011

PULAU KEKABU MARANG TERENGGANU

Salam semua.Alhamdulillah semua, kali ini berkesempatan untuk menulis lagi. Entri kali ini akan menceritakan kepada pembaca semua tentang Pulau Kekabu. Baiklah, ayuh kita sembang-sembang sikit pasal Pulau Kekabu ni :)

Pulau Kekabu merupakan sebuah tempat yang berkedudukan di negeri Terengganu Darul Iman. Pulau Kekabu terletak di daerah Marang iaitu daerah kelahiran dan tempat tinggal saya sekarang. Bagaimana untuk sampai ke Pulau ini? Jangan risau, ianya tidaklah sukar untuk dicari. Pulau Kekabu ini terletak begitu hampir dengan pasar Marang. dan Menara Jam daerah Marang. Jika anda jumpa pasar Marang, maka anda akan jumpalah Pulau Kekabu ini.

Seringkali orang bertanya kepada saya, adakah Pulau Kekabu ini menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Banana Boat, Snorkeling, dan juga Chalet. Jawapannya tidak kerana Pulau Kekabu bukanlah sebuah pulau seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang mahupun Pulau Kapas, namun ia hanyalah sebuah perkampungan nelayan. Jika anda mengimpikan aktiviti menyelam ala-ala snorkeling, Pulau Kekabu bukan jawapannya. Namun begitu, jangan bimbang, Pulau Kekabu ada tarikannya. Jika anda masuk ke Pulau Kekabu, apa yang anda akan lihat ialah satu benteng pemecah ombak dan juga pantai. Di situ, anda bolehlah melepaskan penat lelah dan berehat sambil menghirup udara yang segar. Jika anda seorang kaki pancing, benteng pemecah ombak Marang merupakan 'port' yang paling sesuai untuk anda mengail. Di Pulau Kekabu juga tedapat padang bola pantai dan juga gelanggang bola tampar. Mungkin anda boleh bermain bola pantai di Pulau Kekabu :). Jika anda datang pada waktu petang di Pulau Kekabu, mungkin anda akan terlihat atlet-atlet kayak Terengganu sedang berlatih kayak di muara sungai Marang :) .

Bagaimana mahu ke Pulau Kekabu? Senang sahaja. Untuk ke Pulau Kekabu, terdapat 2 jambatan utama yang boleh anda lalui. Saya suka pergi mengambil gambar di Pulau Kekabu kerana moment di Pulau Kekabu tiada di tempat lain :). Ustaz Azhar juga kerap kali mengambil gambar di Pulau Kekabu. Anda juga boleh melihat deretan bot-bot nelayan dan juga permandangan Pulau Kapas dari Pulau Kekabu.

Baiklah, sampai di sini sahaja coretan saya pada kali ini. Jika anda datang ke negeri Terengganu Darul Iman, tidak rugi sekiranya anda singgah di Pulau Kekabu yang terletak di daerah Marang ini. Sebarang pertanyaan boleh dilampirkan pada ruangan komen/fb. Semoga gambar-gambar yang diambil oleh saya ini mampu menceritakan kepada anda tentang Pulau Kekabu. InsyaAllah entri seterusnya ialah Pulau Kerengga :)


Berhadapan Jambatan Pulau Kekabu l Canon Eos 1000D l Pulau Kekabu l Marang

Berhadapan Jambatan Pulau Kekabu l Nokia X6 l Pulau Kekabu l Marang

Berhadapan Jambatan Pulau Kekabu l Canon Eos 1000D l Pulau Kekabu l Marang

Berhadapan Jambatan Pulau Kekabu l Canon Eos 1000D l Pulau Kekabu l Marang

Berhadapan Jambatan Pulau Kekabu l Canon Eos 1000D l Pulau Kekabu l Marang
Pantai di Pulau Kekabu l Canon PowerShot A3000 IS l Pulau Kekabu l Marang

Benteng Pemecah Ombak l Nokia X6 l Pulau Kekabu l Marang

Benteng Pemecah Ombak l Nokia X6 l Pulau Kekabu l Marang

Benteng Pemecah Ombak l Nokia X6 l Pulau Kekabu l Marang

4 comments:

nick izzatie said...

lawo tempat 2 lam gambor mu syafiq...

Syafiq A. Ghani said...

@ nick izzatie: Tempat mu berlatih kayok tu nik ^^. Senang2 kite lepak lah sekali kat situ. Leh ak maen kayok lalu ;)

Abdul Aziz said...

Berdebar hati melihat gambar ni Syafiq.
=). Cantik.

Syafiq A. Ghani said...

Mohd Abdul Aziz Azmee : Terima kasih sahabat. InsyaAllah akan terus berkarya