Pages

Wednesday, May 8, 2013

KENANGAN SEPANJANG 3 TAHUN :)

Assalamualaikum w.b.t semua. Apa khabar? Alhamdulillah, hari ni akhirnya sempat jugk update blog ning yang doh lama berhabuk. Xpe kan gune bahasa terengganu ning. keh2. entri kali ni akan menceritakan tentang pengalaman pahit manis kenangan sepanjang 3 tahun di IIM.

Institut Integriti Malaysia (Gambar kredit rimpolisas.blogspot.com)

Institut Integriti Malaysia. kali ning entri ning akan berkisarkan pengalaman aku sepanjang menyertai Pertandingan Pidato Integriti Piala M. Pelajaran yang diadakan di IIM ning. Sedar x sedor dh 3 tahun aku masuk IPG Kampus Perlis tu dan 3 kali penyertaan jugok lah aku sertai pertandingan ning. Pertandingan Pidato Integriti ning diadakan tiap2 tahun dan masuk tahun ni, dh 5 kali penganjuran rasanya x silap aku. 

Pertandingan ning adalah melibatkan 27 IPG di Malaysia dengan 2 orang wakil bagi setiap IPG. ianya adalah sebuah pertandingan khusus untuk IPG dan mendapat kerjasama antara IIM dan Pihak IPGM Induk. Biasenye, ia akan diadakan pada bulan 4 setiap tahun. aku kene paksa masuk benda ni time aku PPISMP Sem 2 rasanya. 

EDISI 2011

Time ning aku pergi dengan Iza, geng kos BM. Time tu takut jangan kirelah, dengan persediaan pun macam tahi, tengok orang lain pun semua power2, katang2 berucap di hadapan pentas. bagi aku, tahun pertama penyertaan aku itu adalah satu memori dan pengalaman manis buat aku. Time tu, juara bagi edisi tahun 2011 adalah saudara Faizal Sanek dari IPG Bahasa Melayu, KL. Bagi aku, beliau memang power dalam debat dan pidato. Aku salute gaya diye berpidato. Diye pandai dalam memberi kefahaman kepada orang tentang apa yang dibicarakannya. Sewaktu ak tengok peserta2 akhir berpidato, aku tetapkan dalam diri aku, aku ingin menjadi seperti mereka. Aku nok kutip sebanyok mungkin ilmu pidato macam mereka semua. 

EDISI 2012

Tahun 2012 adalah tahun kedua penyertaan aku. Juara edisi 2012 adalah saudara Rafee dari IPG Teknik, KL. Gaya berpidatonya sememangnya tersusun molek. Ayat yang digunakannya tersusun, rilek, tenang di atas pentas dan banyok guna bahasa2 puitis. Bagi aku, kelebihan ini mungkin jarang ada pada mana2 pemidato. Aku salute atas gaya yang diye persembohkang di atas pentas. 


EDISI 2013

Tahun ini, 2013 adalah tahun ketiga penyertaan aku dan tahun terakhir aku untuk pertandingan ini. Juara edisi 2013 adalah Saudara Iqbal Zahanudin dari IPG Datuk Razali Ismail, K. Trg. Bagi aku, kemampuan Iqbal adalah diye mampu mengawal audiens dengan baik dan berjaya membuktikan bahawa pentas itu adalah diye yang punya. Bagi aku, saudara Iqbal adalah seorang yang mempunyai kelebihan dalam aspek itu dan gaya pidatonya juga bagus. Terbaik bagiku. Tahun ning, aku hanya mampu tersenyum bile tengok smula bilik penginapan yang aku duduk, dewan yang aku bertanding, dan sebagainya. ia macam menjadi satu memori untuk aku.

KESIMPULANG

Sepanjang 3 tahun penyertaan aku bagi pertandingan ini, aku jumpa banyak kawan2 baru. ketiga2 juara juga bagi aku adalah terbaik. pengurusan pertandingan ini juga aku sifatkan sebagai terbaik. Urusetia dari IPG BM juga comel2. keh2.Pengurusan dari Pihak IIM jugok terbaik. Bagi aku, ini adalah tahun terkahir penyertaan aku. Tahun depan aku x masuk dh. bagilah budok junior pulok masuk. InsyaAllah budok junior pulok akan teruskan perjuangan IPG Kampus perlis. Aku sentiasa letokkan dalam diri aku bahawa 'Kita semua adalah sama dan semua orang mampu lakukan'. bagi aku, aku bersyukur dh dengan nikmat dan rezeki yang aku perolehi sepanjang 3 tahun penyertaan aku ini. 3 tahun di IIM ini sebenornya mengajor aku mengenal stesen bas Duta, kedai nasi lemok bowoh IIM, selok belok bangunan IIM dan sebagainya. wakakaka. Bila aku kadang2 turun stesen bas Duta, aku hanya tersenyum sorang diri bile tengok balik bangunan IIM ni. ia sebenornya banyok menyimpan kenangan manis buat diri aku. Aku pasti merindui IIM ni. haha.

InsyaAllah jika masih ada jodoh dengan IIM, adalah. kalau xdok jodoh, xdoklah. wakkakaa. Buat rakan baru yang akan masuk pertandingan ning tahun depan dan rakan2 lama yang akan meneruskan perjuangan, nikmatilah pengalaman bertanding pertandingan ini. Aku pasti geng2 pasti akan teruja dan gembira bila masuk IIM. Selamat maju jaya sohabat2 ku :)


4 comments:

Unknown said...

bhahahaha....urus setia dr IPG KBM comel2 eh..bhahaa...tahniah awk mmg terbaik! suka dgn cra awk berpidao..cool n meyakinkan..teruskan perjuangan dan teruskan memberi ilmu kpd junior2 smoga mereka beroleh kejayaan spt awk..:)

Ajar cakap ganu sikit boleh? hahaha

Syafiq A. Ghani said...

Lyeen De Syifa: Bhaha. dah 3 tahun gi IIM, semua comel2 belaka ;) haha. syfq bukannya pandai sangat berpidato. pakai bedal je atas pentas. InsyaAllah :) . Cakap Ganu? haha. makang kepok goreng sokmo petang dok ahu bende. haha. klako bunyinye kalau cakap ganu tau. hihi

Unknown said...

bhahahhhaha...tak pandai pun alhamdullilah boleh jadi 3 yang terbaik dr berpuluh2 peserta..:) smoga sukses selalu ok..:)

memang pelik bunyinya nk cakap ganu..kena praktis lebih ni..Bhahahahhaa

Syafiq A. Ghani said...

LYEEN DE SYIFA: Haha. entah cam mane boleh sangkut. ramai lagi yang hebat. Bhahaha. orang sabah pun mesti bulih cakap ganu ni. hihi