Friday, September 7, 2012

IPGM PERLIS FC (1) VS SMK SYED HASSAN (0) l 04.09.2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua. Pada 04.09.2012 (Selasa) yang lalu, pasukan bolasepak IPGM Perlis FC telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan SMK Syed Hassan Perlis. Perlawanan diadakan di padang bolasepak SMK Syed Hassan. Perlawanan pertama berkesudahan IPGM Perlis FC 1 - SMK Syed Hassan 0 hasil jaringan Faris Jaafar (24), manakala perlawanan kedua pula berkesudahan IPGM Perlis FC 0 - SMK Syed Hassan 1. Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi menyiapkan pasukan IPGM Perlis FC untuk Kejohanan Bolasepak 9S di IPG Ipoh Perak pada 7,8 dan 9 September 2012. Doakan kejayaan IPGM Perlis FC. VIncere EST Totum! Gambar-gambar lain boleh dilihat di dalam album fb saya (Mohd Syafiq A. Ghani). Sekian :)








No comments: