Thursday, July 26, 2012

KENALI DAERAH MARANG TERENGGANU

Assalamualaikum w.b.t semua. Alhamdulillah, sempat juga update blog pada hari ini. Baiklah, entri pada kali ini, ambe akang menceritakang kepada pembaca semua mengenai daerah ambe iaitu daerah MARANG, TERENGGANU DARUL IMAN. Adakah anda biasa mendengar nama daerah ambe? Jika belum, ayuh bersama-sama ambe dalam entri ning.

Apa yang menariknya daerah ambe ini? Pada entri kali ning, ambe akan menceritakang kepada pembaca semua mengenai tempat-tempat menarik di sekitar daerah ambe yang anda semua bulih lawati. Jika anda di antara anda semua yang menganggap daerah Marang ini seumpama bandaraya roda-roda Kuala Lumpur ataupun bandaraya bersejarah Melaka ting tak keting keting, maka anda silap. Daerah Marang adalah sebuah daerah yang aktiviti utamanya adalah berasaskang perikanan. Jom intai-intai sikit info-info mengenai daerah Marang ning :)

SEJARAH DAERAH MARANG
Daerah Marang merupakan salah satu daerah yang ada di negeri Terengganu Darul Iman. Di negeri Terengganu, rerdapat 7 daerah utama dan daerah Marang ning bersaudara dengan dearah Dungun dan Kuala Terengganu. Sedikit info-info menarik boleh dilihat di bawah.

SyafiqAGhani Mamat l Ganu Kite l Photoscape

SyafiqAGhani Mamat l Peta Ganu Kite l Photoscape l SyafiqAGhani Photography & Design

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

Ayuh! Sekarang mari kita lihat manakah tempat-tempat menarik di daerah Marang yang boleh anda lawati. :)

 Canon eos1000D l SyafiqAGhani Mamat l Sungai Marang l Marang l Terengganu Darul Iman

Canon 300IS l SyafiqAGhani Mamat l Sungai Marang l Marang l Terengganu Darul Iman

Sungai Marang! Sungai Marang merupakan antara tempat yang boleh anda lawati jika anda inginkan ketenangan. Lansdkap Sungai Marang sememangnya unik. Jika anda ingin pergi ke tempat ini, anda bolehlah singgah ke Kampung Sungai Kerak. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah melihat aktiviti perikanan yang dijalankan oleh penduduk kampung. Anda juga boleh mengambil gambar kenang-kenangan di sini. Hihi.

 Canon eos1000D l SyafiqAGhani Mamat l Pulau Kapas l Marang l Terengganu Darul Iman

 Canon eos1000D l SyafiqAGhani Mamat l Pulau Kapas l Marang l Terengganu Darul Iman

Canon eos1000D l SyafiqAGhani Mamat l Pulau Kapas l Marang l Terengganu Darul Iman

Pulau Kapas! One of the most beautiful island in our beloved land. Pulau Kapas adalah antara pulau yang sering menjadi pilihan pengunjung dari luar dan juga dalam negeri. Jarak Pulau Kapas dari darat hanyalah sekitar 15 minit. Jika anda ingin pergi ke Pulau Kapas, anda bolehlah mengambil perhidmatan bot yang disediakan di sekitar Jeti Marang. Antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan bot ke Pulau Kapas ialah seperti syarikat Mak Cik Gemok l dll. Kebiasannya, harga tambang bot untuk pergi dan balik ialah sekitar RM 30 - 50. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di Pulau Kapas adalah seperti snorkeling, skuba, barbekue, berkayak, banana boat dan bermacam macam lagi. Chalet? jangan risau, terdapat banyak chalet di Pulau Kapas. Anda boleh tidur di chalet dengan harga yang berpatutan.

 Canon eos1000D l SyafiqAGhani Mamat l Pulau Kerengga l Marang l Terengganu Darul Iman

 Canon eos1000D l SyafiqAGhani Mamat l Pulau Kerengga l Marang l Terengganu Darul Iman

Pulau Kerengga! Walaupun namanya Pulau Kerengga, namun ia bukanlah pulau seperti Pulau Kapas. Pulau Kerengga merupakan antara kampung yang terdapat di daerah Marang. Pulau Kerengga menjanjikan landskap yang menarik dan terbaik untuk kaki kaki gambar. Lokasi ini merupakan antara lokasi pebret bagi Ustaz Azhar Idrus untuk mengambil gambar landskap. Jika anda singgah di daerah Marang, jangan lupa singgah di kawasan ini ya!^^

 Imej Google l Pulau Kekabu l Marang l Terengganu Darul Iman

Imej Google l Pulau Kekabu l Marang l Terengganu Darul Iman

 Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat l Pulau Kekabu l Marang l Terengganu Darul Iman

 Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat l Pulau Kekabu l Marang l Terengganu Darul Iman

 Canon eos1000D l SyafiqAGhani Mamat l Pulau Kekabu l Marang l Terengganu Darul Iman

 Canon eos1000D l SyafiqAGhani Mamat l Pulau Kekabu l Marang l Terengganu Darul Iman

Pulau Kekabu! Satu lagi tempat yang seringkali menjadi pilihan Ustaz Azhar untuk mengambil gambar landskap. Walaupun namanya Pulau Kekabu, namun ia bukanlah sebuah pulau seperti Pulau Kapas. Ia merupakan sebuha kawasan biasa yang ada pantai dan kini pulau kekabu dijadikan sebagai salah satu pusat latihan atlet kayak negeri Terengganu Darul Iman. Jika anda adalah seorang yang sukakan permandangan pantai, anda harus singgah di Pulau Kekabu ini. Permandangannya sungguh mengasyikkan.

 Canon eos1000D l SyafiqAGhani Mamat l Pantai Kijing l Marang l Terengganu Darul Iman

Pantai Kijing! Antara pantai yang masih lagi terjaga kebersihannya. Kebanyakan orang kampung Kijing suka lepak di pantai ini sambil makang satey ikang di sini. Jadi, anda bila lagi? Ayuh ke Marang :)

14 comments:

Edy Fee said...

cantik2 view kat bhgian pantai.bersih lak aku tengok pelabuhan nelayan ni

Syafiq A. Ghani said...

Edy Fee: Senang2 mari singgoh marang boh. wakkaka

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

eyqa duk marang.. hehehe..
cantik pulok tengok tmpat sendiri

nick izzatie said...

syafiq,, nk share leh?

Syafiq A. Ghani said...

Atiqah: Marang dok alek ane?

Syafiq A. Ghani said...

nik: Sile2 nik. Bulih sajje. haha

Ichi Fighting said...

sapik, wallpaper pertame tu memang lawo! 'key il' tu buat aku ingat kat 'key jin'. kekeke

Princess Peanut said...

canteknye..gambar :)
rindunya kat Marang huhu ..

Syafiq A. Ghani said...

Ichi Fighting: Time kasih. Wallpaper mu buat lawo agi rih. Ak xpanda buat wallpaper doddle. ekeke

Syafiq A. Ghani said...

Princess Peanut: Salam. terima kasih. orang marang jgk ke? raya ning bulih lah balik kapong op :)

Princess Peanut said...

pernah membesar kat sane,tapi bukan orang marang hehe..dah lama x balek sane.. :)asal Marang ke?

Syafiq A. Ghani said...

asal marang lah. Lahir di marang, membesor di marang, dan tinggal di marang :)

Princess Peanut said...

owhh..ok..anak jati marang la ek.. :))

Syafiq A. Ghani said...

Anak jati Marang :) . Marang best ;)