Pages

Saturday, January 28, 2012

RUGBY FRIENDLY MATCH l IPG PERLIS RED SHARK VS MATRIKULASI PERLIS

Salam and hi everyone. I just want to update and share the rugby pictures that I've taken on 11.01.2012 at SMK Abi. IPG Perlis Red Shark won the friendly match and It was a good day for me. Sport photography is my passion. InsyaAllah, never tired to learn a new thing in Sport Photography. Wish me luck. Kudos :)









Sunday, January 22, 2012

TUTORIAL MEMBUAT WALLPAPER

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, tutorial ini berjaya disiapkan. Semoga tutorial ini mampu memberi manfaat untuk semua. Semoga ilmu ini mampu dikongsi bersama. Tutorial saya kali ini akan menceritakan kepada anda bagaimanakah cara-cara untuk membuat wallpaper bagi pc/laptop anda. Semoga tutorial ini mampu membantu anda. InsyaAllah dipermudahkan segalanya. Sama-sama kita berkongsi ilmu. InsyaAllah tutorial-tutorial lain akan diupload di dalam blog ini. :) Selamat mencuba :)


Wednesday, January 11, 2012

KUALA PERLIS PERLIS MALAYSIA

Salam. Alhamdulillah, hari ni sempat mengemaskini blog ini. 2 hari lepas, saya sempat pergi mengambil gambar sunset di sekitar Kuala Perlis Malaysia. Kebetulan pada hari itu, ambe free. Jadi ambe sempat lah ambil gambar sunset 2 3 keping gambar. Gambar-gambar di bawah diambil oleh saya sekitar jam 7.00 petang - 7.40 petang. Alhamdulillah, dapat ilmu baru. Ambe sebenarnya kureng bab-bab ambil gambar landscape ning. Banyok lagi kene blajo dengan sifu-sifu di maktab tu. InsyaAllah akan terus berkarya dengan cik ina :)

© SyafiqAghani Mamat l Canon Eos1000D l Kuala Perlis Malaysia l 09.01.2012 

© SyafiqAghani Mamat l Canon Eos1000D l Kuala Perlis Malaysia l 09.01.2012 

© SyafiqAghani Mamat l Canon Eos1000D l Kuala Perlis Malaysia l 09.01.2012

Friday, January 6, 2012

BINGKISAN 2011, SELAMAT DATANG 2012!

Salam semua. Alhamdulillah, hari ni blog telah mula dikemaskini. Entri kali ini ialah tentang bingkisan 2011. Rasanya belum terlambat untuk bercerita mengenai kehidupan di tahun 2011 ini.

Tahun 2011, tahun di mana banyak peristiwa telah berlaku dalam kehidupan ambe. Mana yang boleh dikongsikan, ambe kongsi. Tahun 2011 juga mengajar saya tentang satu prinsip iaitu 'hari ini kita gembirakan orang, esok lusa jangan terkejut kalau kita pula yang berduka'. Tapi itulah kehidupan. Nak tak nak, kita harus menerima dugaan, kenyataan dan cabaran yang mendatang. Perkataan baru yang ada dalam kamus hidup ambe bagi tahun 2012 ini ialah harus T.A.B.A.H. Biarlah kita sahaja yang merasai itu semua, jangan bebankan orang lain dengan kesedihan kita kan. T.A.B.A.H :)

Sepanjang tahun 2011, banyak kenangan yang terpahat dalam hidup ambe. Tahun 2011 merupakan tahun pertama ambe masuk teater di IPG Kampus Perlis. Tahun 2011 merupakan tahun di mana ambe aktif semula masuk pertandingan debat bahasa Melayu. Hampir setahun tinggal debat Bahasa Melayu. Banyak lagi kenangan 2011 yang ambe telah dapat dan kini, tahun 2012 telah tiba pula.

Di sini, ambe ingin berkongsi dengan pembaca semua 5 keping gambar yang ambe tangkap sepanjang tahun 2011. Bagi ambe, 5 keping gambar ini adalah antara gambar yang paling banyak memberikan kenangan kepada ambe. Bak kata Yuna dalam iklan Canon, 'setiap gambar ada lagunya'. Hihi.

Sekian sahaja untuk entri kali ini, InsyaAllah ada masa ambe update lagi blog ini. Jangan lupa singgah selalu di blog ini :). Salam


Canon Eos1000D l Awie Wings l Pantai Chenang Langkawi Kedah l 15.04.2011

Gambar Awie ini ditangkap oleh ambe ketika ambe dan budak-budak kelas ambe pergi bercuti di Pulau Langkawi. Kebetulan pada masa itu, Awie datang buat persembahan di Pantai Chenang. Waktu ni sekitar 9.30 Malam. Ramai pelancong-pelancong dan orang tempatan yang datang tengok termasuklah ambe. Wakaka. Time ni, ambe lupa nk bawak kitlens kamera ambe. Dengan hanya berbekalkan lens 50mm, ambe dan member ambe (Shadzwan) terus slow2 ke depan sampailah betul-betul depan stage. Satu pengalaman baru bagi ambe, mengambil gambar sambil menyanyi lagu Fantasia Bulan Madu. Wakaka


Canon Eos1000D l Berhadapan Kompleks Sukan Negeri Kangar Perlis l 25.06.2011

Time gambar ni diambil adalah sekitar jam 7.00 petang - 7.20 petang. Time tu, ambe baru je habis main futsal dekat D Futsal Centre Kangar. Time ni, sungguh tenang sekali. Semua masalah hilang. Wakaka. Sambil-sambil melihat keindahan ciptaan Allah S.W.T, sempat ambil gambar 2 3 keping.


Canon Eos1000D l Pulau Kekabu Marang Terengganu l 13.12.2012

Pulau Kekabu! Tempat pebret ambe kalau nak pergi menangkap gambar di daerah tempat tinggal ambe ni. Gambar ni diambil sekitar jam 6.40 pagi - 8.15 pagi. Ambe turun dari rumoh sekitar jam 6.40 pagi dan terus bawak motosikal ke tempat ni. Time ni keadaan sungguh tenang. InsyaAllah balik cuti nanti, akan singgoh lagi sining.


Canon Eos1000D l Masjid Terapung Kuala Terengganu Terengganu l 09.06.2011

Antara tempat yang memberi ketenangan kepada ambe. Di sini, suasanya sungguh tenang. Ada kawasan menghijau. Sambil-sambil tunggu azan maghrib, ambe sempat ambik 2 3 keping gambar kat sini. 


Canon Eos1000D l Pantai Pandak Kuala Terengganu Terengganu l 02.12.2011

Kalau nak cari kawasan pantai yang ada batuan yang unik, di sinilah tempatnya. Time nok ambil gambor ni, kebetulan ade 3 orang dok duduk atas batu ni. Ambe pun snap 2 3 keping. Kagum dengan keindahan ciptaan Allah S.W.T.