Pages

Showing posts with label TERENGGANU. Show all posts
Showing posts with label TERENGGANU. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

XPRESI JIWA TERENGGANU

Assalamualaikum semua. Blog diupdate lagi. Begini kisahnya, minggu lepas ambe balik ke negeri ambe, Terengganu Daru Iman. Ramai orang tanya ambe 'sebab ape balik minggu ni? minggu depan balik pulok cuti raya', 'x bazir ke balik 2 minggu direct ning?', Itulah persoalan-persoalan yang diajukan kepada aku minggu lepas.

Kisahnya begini, sebenarnya aku tersilap/saloh beli tiket. Aku ingatkan bile aku balik minggu lepas, maka minggu ni adalah dalam seminggu lagi aku duduk dekat maktab ning. Rupe-rupenye minggu ni dh nk start cuti raya. Jadi, bermakna aku balik terengganu direct tanpa ada gap lah kirenye.

Rugi x? Bagi aku, nok buat guane, doh silap beli tiket. wakakaka. Jadi, sepanjang aku balik Terengganu minggu lepas, aku gunekan 3 hari hujung minggu tu untuk rilek brader rilek brader di sekitar negeri aku.wakaka. Tengoh hari panas matahari atas pale, aku start moto dan gi ambik gambo dengan hanya bermodalkan kamera telepong Nokia X6 aku. Nok wat guane, kamera x bowok balik. jadi, Nokia X6 ning je lah jadi gantinye. Sambil2 ambik gambo, aku jugok cari idea untuk ambik gambo molek-molek sikit time cuti raya kekgi. Makna kata, boleh lah prepare molek2 sikit untuk ambik gambo sekitar2 Terengganu ning. Haha. 

Hari Sabtu ning (3.8.2013) aku akan balik semula ke Terengganu untuk cuti Raya Aidilfitri selama 3 minggu. lama boh. Lama boh. Bulih rilek brader rilek brader lama sket. Sepanjang cuti ni, ak nk tenangkan diri dari urusan maktab. wakakaka. Dengan hal dokumentasi untuk perkhemahan unit beruniform pn x settle lagi, tugasang blambok lana, dan macam-macam lagi. Wakakaka. Aku jugok kene bersiap jugok untuk gi SK Pusat Kuala Ibai K. Terengganu selama seminggu untuk buat praktikal SBE untuk semester ning. Gi skoloh menghadap budok2 pulok lah seminggu ning. Tapi inilah kehidupan. wakakaka

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA. LEMANG BAGI2 LAH SKET SORANG

 Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat l Pantai Pandak K. Terengganu l X-Presi Jiwa Terengganu

  Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat l Pantai Pandak K. Terengganu l Peace sekali atas puncok

  Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat l Floating Mosque K. Terengganu l Redup kawasan sining

  Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat l Floating Mosque with Rock. The Rock is cooking l X-Presi Jiwa Terengganu

  Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat l Floating Mosque with Flowers l Sining bulih tertido bowoh pokok kalau duduk lama-lama. Berangin molek!

  Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat l Lagoon Kuala Ibai  l Orang Bangladesh sedang memancing ikang di waktu 12.30 tengahari. panas jangan kire. Tapi demi jiwa, dia sanggup. dia sanggup. haha

 Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat l Pantai Kijing Marang Terengganu l Kampung aku. Kampung aku. Selamat Hari Raya

Wednesday, May 22, 2013

KETEMU LAGI NEGERIKU TERENGGANU DARUL IMAN

 Benteng Pemecah Ombak Marang Terengganu l Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat

 Pantai Seberang Marang (Berdekatan Anggulia Beach Resort) Marang Trg l Nokia X6 l SyafiqAGhani Mamat

Lagoon Kuala Ibai, Kuala Ibai, K. Terengganu l Kenong Seribu Di l SyafiqAGhani Mamat

Selamat bertemu lagi bumi Terengganu! Cuti selama 3 minggu ning, InsyaAllah akang digunakan sebaik-baiknya untuk berehat. Semoga semuanya baik-baik sahaja :)

Thursday, November 1, 2012

MARANG LAND

@ Syafiq A Ghani l Marang Land l Terengganu Darul Iman l Nokia X6

Tuesday, May 22, 2012

TERENGGANU l PANDAK BEACH

@ Syafiqaghani Mamat l Canon Eos1000D l Pandak Beach Chendering Kuala Terengganu l An Evening with Duang

Wherever you go, no matter what the weather, always bring your own sunshine.
Anthony J. D'Angelo

The bluebird carries the sky on his back.
Henry David Thoreau
 

TERENGGANU BEACH

@ Syafiqaghani Mamat l Nokia X6 l Demong Beach Resort l Setiu l Terengganu Darul Iman

A bird doesn't sing because it has an answer, it sings because it has a song.
Lou Holtz

A morning-glory at my window satisfies me more than the metaphysics of books.
Walt Whitman 

And the heart that is soonest awake to the flowers is always the first to be touch'd by the thorns.
Thomas Moore

Birds sing after a storm; why shouldn't people feel as free to delight in whatever remains to them?
Rose Kennedy
 
 

Saturday, May 19, 2012

MARANG FROM MY EYE l NOKIA X6

Bismillah.Alhamdulillah, akhirnya ambe berjaya jugok untuk update blog ambe ning. Berapa tahun doh x update blog ni. Ekekeke. Kali ni, ambe nk update dengang entri bergambar. Gambor-gambo kali ni diambil di sekitar daerah Marang, Terengganu, daerah kelahiran dan tempat tinggal ambe sekarang. Kebetulan time tu study week. Jadi ambe curi masa sikit untuk balik ke kampung ambe. Bagi ambe, walau di mana kita berada, kampong halaman tetap terbaik untuk kita tenangkan pikirang. wakaka. 8.5.2012 aritu, pagi2 buta, ambe pergi berjalan2 dengan motosikal ayoh ambe dan gi pusing2 kampong ambe. Memang x plan untuk ambik gambo. Kebetulan plk pagi tu tgk awan lawo. Awan Nano kata Hafiz AF7. Jadi dengan berbekalkan Nokia X6 ambe, ambe pun ambiklah 2 3 keping gambo. Selepas habis ambik gambo, ambe pn pergilah duduk kedai makang mok sedare ambe. Sekiang sahaja perkongsian ambe kali ning. InsyaAllah akan update lagi. wakaka


@ Syafiqaghani Mamat l 8.5.2012 l Nokia X6 l Marang Terengganu Darul Iman
@ Syafiqaghani Mamat l 8.5.2012 l Nokia X6 l Marang Terengganu Darul Iman 

@ Syafiqaghani Mamat l 8.5.2012 l Nokia X6 l Marang Terengganu Darul Iman 

@ Syafiqaghani Mamat l 8.5.2012 l Nokia X6 l Marang Terengganu Darul Iman 

Sunday, December 18, 2011

PULAU KEKABU MARANG TERENGGANU

Salam semua.Alhamdulillah semua, kali ini berkesempatan untuk menulis lagi. Entri kali ini akan menceritakan kepada pembaca semua tentang Pulau Kekabu. Baiklah, ayuh kita sembang-sembang sikit pasal Pulau Kekabu ni :)

Pulau Kekabu merupakan sebuah tempat yang berkedudukan di negeri Terengganu Darul Iman. Pulau Kekabu terletak di daerah Marang iaitu daerah kelahiran dan tempat tinggal saya sekarang. Bagaimana untuk sampai ke Pulau ini? Jangan risau, ianya tidaklah sukar untuk dicari. Pulau Kekabu ini terletak begitu hampir dengan pasar Marang. dan Menara Jam daerah Marang. Jika anda jumpa pasar Marang, maka anda akan jumpalah Pulau Kekabu ini.

Seringkali orang bertanya kepada saya, adakah Pulau Kekabu ini menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Banana Boat, Snorkeling, dan juga Chalet. Jawapannya tidak kerana Pulau Kekabu bukanlah sebuah pulau seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang mahupun Pulau Kapas, namun ia hanyalah sebuah perkampungan nelayan. Jika anda mengimpikan aktiviti menyelam ala-ala snorkeling, Pulau Kekabu bukan jawapannya. Namun begitu, jangan bimbang, Pulau Kekabu ada tarikannya. Jika anda masuk ke Pulau Kekabu, apa yang anda akan lihat ialah satu benteng pemecah ombak dan juga pantai. Di situ, anda bolehlah melepaskan penat lelah dan berehat sambil menghirup udara yang segar. Jika anda seorang kaki pancing, benteng pemecah ombak Marang merupakan 'port' yang paling sesuai untuk anda mengail. Di Pulau Kekabu juga tedapat padang bola pantai dan juga gelanggang bola tampar. Mungkin anda boleh bermain bola pantai di Pulau Kekabu :). Jika anda datang pada waktu petang di Pulau Kekabu, mungkin anda akan terlihat atlet-atlet kayak Terengganu sedang berlatih kayak di muara sungai Marang :) .

Bagaimana mahu ke Pulau Kekabu? Senang sahaja. Untuk ke Pulau Kekabu, terdapat 2 jambatan utama yang boleh anda lalui. Saya suka pergi mengambil gambar di Pulau Kekabu kerana moment di Pulau Kekabu tiada di tempat lain :). Ustaz Azhar juga kerap kali mengambil gambar di Pulau Kekabu. Anda juga boleh melihat deretan bot-bot nelayan dan juga permandangan Pulau Kapas dari Pulau Kekabu.

Baiklah, sampai di sini sahaja coretan saya pada kali ini. Jika anda datang ke negeri Terengganu Darul Iman, tidak rugi sekiranya anda singgah di Pulau Kekabu yang terletak di daerah Marang ini. Sebarang pertanyaan boleh dilampirkan pada ruangan komen/fb. Semoga gambar-gambar yang diambil oleh saya ini mampu menceritakan kepada anda tentang Pulau Kekabu. InsyaAllah entri seterusnya ialah Pulau Kerengga :)


Berhadapan Jambatan Pulau Kekabu l Canon Eos 1000D l Pulau Kekabu l Marang

Berhadapan Jambatan Pulau Kekabu l Nokia X6 l Pulau Kekabu l Marang

Berhadapan Jambatan Pulau Kekabu l Canon Eos 1000D l Pulau Kekabu l Marang

Berhadapan Jambatan Pulau Kekabu l Canon Eos 1000D l Pulau Kekabu l Marang

Berhadapan Jambatan Pulau Kekabu l Canon Eos 1000D l Pulau Kekabu l Marang
Pantai di Pulau Kekabu l Canon PowerShot A3000 IS l Pulau Kekabu l Marang

Benteng Pemecah Ombak l Nokia X6 l Pulau Kekabu l Marang

Benteng Pemecah Ombak l Nokia X6 l Pulau Kekabu l Marang

Benteng Pemecah Ombak l Nokia X6 l Pulau Kekabu l Marang

Saturday, December 17, 2011

PANTAI PANDAK KUALA TERENGGANU

Salam semua.Alhamdulillah, semangat nak update blog kembali meresap setelah blog lumpuh 100% semalam. Semalam terdelete semua post2 lama dan baru di dalam blog dek kerana kecuaian diri ini. Baiklah, kita bermula dari 0 balik :) . Usaha tangga kejayaan. Kali ini saya nak bercerita kepada pembaca semua tentang Pantai Pandak Kuala Terengganu.

Baiklah, pertamanya Pantai Pandak ini merupakan sebuah pantai yang popular di Terengganu. Pantai Pandak ini terletak di daerah Kuala Terengganu iaitu berdekatan dengan Balai Polis Chendering. Berdekatan dengan balai polis Chendering terdapat satu lampu isyarat dan anda ikut sahaja papan tanda yang ada disitu.

Antara 'trademark' bagi pantai ini ialah pohon kelapa. Ya, jika anda sampai ke Pantai Pandak, anda akan melihat 3 batang pohon kelapa yang tinggi. Kebiasaannya, photographer akan mengambil gambar di situ samada untuk mode landscape, wedding, potrait dan sebagainya. Pantai Pandak juga mempunyai geografi yang sangat menarik iaitu batuan rendah. Banyak batuan terdapat di sekitar pantai ini dan anda bolehlah menenangkan fikiran di situ. Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t.

Warung makan juga dibukan oleh penduduk tempatan di sekitar Pantai Pandak. Warung-warung itu bukanlah menjual masakan Itali mahupun Pasta, tetapi cukuplah sekadar menjual makanan dan minuman untuk santai-santai petang. Namun, orang awam tidak dibenarkan untuk mandi manda di sini dek kerana telah berlaku kejadian lemas di sini. Jadi, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengeluarkan larangan supaya tidak mandi manda di sini.

Baiklah, setakat ini sahaja coretan saya mengenai Pantai Pandak. Jika anda datang ke negeri Terengganu Darul Iman, tidak salah sekiranya anda mengunjungi pantai ini untuk melepaskan tekanan :) . Gambar-gambar di bawah diambil oleh saya di Pantai Pandak ketika saya keluar bersama-sama sahabat Ipg saya iaitu Duang dan Capix Shinobu. Semoga gambar-gambar di bawah mampu menceritakan kepada anda tentang Pantai Pandak. Salam semua. InsyaAllah entri seterusnya ialah Pulau Kerengga :)